RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH UNTUK KESUKSESAN LUARBIASA / MERAIH KECEMERLANGAN HIDUP

RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH UNTUK KESUKSESAN LUARBIASA / MERAIH KECEMERLANGAN HIDUP

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” Surah Al-Mukminun 1-11

 

Maha Suci Allah yang menjadikan segala kejadian di atas muka bumi ini dengan kehendaknya. Teman pembaca, Firman Allah ini cukup jelas menggambarkan bagaimana sesorang insan yang beragama Islam itu boleh mencapai kecemerlangan hidupnya sekaligus dapat mewarisi Syurga Allah dengan hanya melalui beberapa syarat yang ditetapkan olehNya. Khusyuk dalam SOLAT, Menjauhkan diri dari perkara yang SIA-SIA, Menunaikan ZAKAT, Menjaga KEMALUAN, Memelihara AMANAH dan Memelihara SOLAT. 6 perkara yang Allah ‘highlight’ didalam Al-Quran merupakan salah satu faktor penting untuk memastikan diri kita sentiasa sukses dalam mengikuti sunnah kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Setiap insan yang dilahirkan di atas muka bumi merupakan insan yang sukses lagi berjaya. Tidak percaya? Lihat sahaja bagaimana proses kejadian manusia. Bermula dari setitis air mani yang mengalir didalam rahim dan secara berperingkat menjadi insan yang sukses. Sedikit coretan untuk kita hayati bersama bagaimana mahluk digelar manusia ini sukses sejak di alam rahim lagi. Didalam berjuta-juta sperma yang wujud didalam setitis air mani hanya satu sperma berjaya meringatangi hlangan. Ayuh, kita lihat bagaimana manusia tercipta dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa.

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari seorang tokoh cendekiawan Islam , asal perkataan nutfah ialah nutfah ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj أَمْشَاجٍ berasal daripada perkataan masyj مَشَجَ yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

 

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

 

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

•Sesuatu yang bergantung atau melekat

•Pacat atau lintah

•Suatu buku atau ketulan darah

 

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

 

PERINGKAT KETIGA :

 

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud 

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

 

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 

PERINGKAT KEEMPAT :

 

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

 

Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

 

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

 

Janin mendapatkan makanan melalui uri

 

PERINGKAT KEENAM :

 

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para cendekiawan Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

 

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Sperma- Gamet(Gumpalan darah)- Zigot(Pembentukan otot dan saraf)- Embrio(Pembetukan daging)- Fetus(Bayi lengkap)- Dunia(Mencari bekalan akhirat dengan sukses).

 

Sebelum meneruskan lagi kembara kita dalam menjadi seorang insan yang sukses izinkan saya untuk menulis dan berkongsi dalam keadaan ‘sempoi’ dan tenang untuk memastikan semua teman pembaca akan lebih menghayati. Ingat lagi teori Charles Darwin? Teori yang tidak ada masuk dek akal. Katanya, manusia ini asalnya beruk. Daripada beruk kemudian jadinya manusia. Teori ini disanggah sekeras-kerasnya oleh agama kita. Mana mungkin manusia yang Allah jadikan sebaik-baik ciptaan asalnya daripada seekor beruk yang hakikatnya hanya mengerti tidur, makan, dan mencari pasangan.

 

Begitulah gambaran bahawa manusia apabila tidak berfikir secara waras dan tidak disandarkan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka hasilnya tidak langsung menepati sunnatullah.

 

Seperti yang saya katakan di awal tadi, bahawa kelahiran manusia ini tidak dapat dipisahkan dengan kejayaan. Hatta, selepas kelahiran pun kita di ajak lagi supaya meneruskan pengembaraan sukses kita didunia ini. “ Hayya ‘alas sholahhhhhhhh, Hayya ‘alal Falahhhh”. Kalimat dakwah ataupun seruan kejayaan ini menjadi seruan pertama selepas kita dikeluarkan dari rahim ibu kita. Lihat, betapa agama kita ini memberi motivasi dan rangsangan untuk Berjaya dan sukses sejak kecil lagi. Cuma, pabila kita meningkat umur banyak perkara yang menyebabkan kita lupa kepada seruan untuk Berjaya dan sukses didunia khususnya di akhirat kelak.

 

Untuk itu, kita tidak perlu membuang masa dengan perkara yang tidak memanfaatkan kita walaupun sedetik. Betul ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kita lakukan, mana mungkin tidak sedetik pun kita boleh manfaatkan dengan perkara yang bermanfaat namun, insan yang sukses fokus kepada matlamat hidupnya. Saya bukakan sedikit lembaran sejarah Baginda s.a.w yang ketika usia remaja Baginda dihabiskan dengan penuh suksesnya. Baginda lahir sebagai seorang yatim didunia ini apabila ayahanda Baginda, Abdullah bin Abdul Mutallib meninggal dunia ketika berdagang dan dikebumikan di Abwa’(sebuah desa antara Madinah dan Juhfah) sementara Baginda berusia 2 bulan didalam kandungan ibunya Siti Aminah. Namun, kehidupan tanpa seorang bapa tidak mengahalang Baginda s.a.w menjalani kehidupan dengan Berjaya. Sebelum dilantik sebagai pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW sudah menunjukkan potensi sebagai pemimpin masa depan.

Baginda menghabiskan masa dengan berdikari untuk menjadi seorang insan yang luar biasa hebat. Pada usia 8 tahun Baginda menjadi seorang pengembala kambing disebuah perkampungan. Melalui kerja mengembala kambing, Baginda terdidik dengan ilmu amanah, tanggungjawab, menepati masa di samping ilmu hisab. Pekerjaan menjaga kambing berterusan hingga ke usia remaja bahkan Baginda bangga dengan pekerjaan itu. Begitulah kehidupan baginda di awal usia remajanya. Dan hari ini mengapa kita mengikut jejak langkah Baginda yang sudah tentu menjadi contoh tauladan keseluruh pelosok dunia.

Semua orang yang hidup pasti inginkan kejayaan dalam hidup mereka. Tidak kira apa saja perkara yang mereka lakukan sudah tentu kita inginkan kejayaan hidup dunia dan akhirat. Jika anda masih belajar sudah tentu anda mahukan kejayaan dalam pelajaran anda. Bagi yang telah bekerja pasti ingin berjaya dengan kerja yang dilakukan.

Kejayaan bukan hanya kepada dunia tapi kita juga pasti ingin kejayaan akhirat untuk menikmati syurga Allah di hari akhirat kelak. Tidak salah untuk mengejar kejayaan hidup di dunia, asalkan kita tidak sesekali melupakan hari akhirat. Biar ianya selari di antara dunia dan juga akhirat. Barulah kita akan menikmati kejayaan hidup yang sebenarnya.

Faktor kejayaan seseorang adalah datang dari diri sendiri. Kejayaan sebenar adalah bermula dari sikap seseorang itu sendiri. Jika mereka mahu menjadi orang yang berjaya, insyaAllah mereka pasti akan mengecapi kejayaan yang diimpikan. Faktor yang menghalang kepada kejayaan seseorang juga disebabkan oleh apa yang mereka lakukan. Di sini saya akan berkongsikan beberapa faktor yang menghalang kepada kejayaan yang perlu kita elakkan.

1) Suka menyalahkan Orang Lain Atas Apa Yang Berlaku

Dalam setiap perkara yang dilakukan hendaklah kita bersabar dengan apa yang berlaku. Jika kita masih belum berjaya mengecapi kejayaan seperti yang kita impikan janganlah cepat berputus asa. Janganlah pula kita cuba untuk menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perbuatan suka menyalahkan orang lain adalah sangat tidak baik kerana cuba menyalahkan orang lain yang belum tentu salahnya.

Sebaliknya anda hendaklah selidiki kembali mungkin terdapat kesalahan dalam diri anda sendiri. Cuba cari mana silapnya. Terus perbaiki silap tersebut jangan bertangguh lama-lama. Jika anda mampu mengubahnya pada masa sekarang, insyaAllah anda akan dapat mengecapi kejayaan yang sangat-sangat anda impikan pada masa akan datang.

2) Merendahkan Kemampuan Dan Keyakinan Diri Sendiri

Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing dalam diri. Itu sememangnya sifat semulajadi manusia yang tidak sempurna. Tapi jangan jadikan kelemahan dalam diri itu sebagai satu sebab untuk anda tidak berjaya. Jika anda hanya memikirkan kelemahan diri tersebut ia akan merendahkan kemampuan diri anda sendiri. Pada masa yang sama keyakinan dalam diri anda juga akan menjadi lemah untuk terus berjaya.

Sikap terlalu merendahkan kemampuan diri perlu dielakkan kerana ia boleh melamahkan semangat anda untuk terus berjaya. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu terus berusaha sedaya upaya ke arah kejayaan yang anda impikan. Jangan lekas berputus asa jika masih belum berjaya. Anda hendaklah bertawakal kepada Allah setelah anda berusaha.

3) Tidak Punya Matlamat Dan Cita-cita Yang Jelas

Ramai yang ingin berjaya tapi tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam apa yang mereka lakukan. Ada juga yang hanya melakukan sesuatu perkara kerana disebabkan orang lain atau hanya mengikut orang lain semata-mata. Mereka belajar kerana melihat orang lain belajar. Jika orang lain tidak belajar maka mereka pun tidak belajar juga.

Orang yang seperti itu sebenarnya tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup mereka sendiri. Anda perlu elakkan diri anda dari menjadi seperti itu. Anda perlu tahu apakah matlamat sebenar anda hidup. Anda perlu berusaha sedaya mungkin untuk mencapai cita-cita anda itu di masa hadapan.

4) Mengambil Jalan Yang Salah Untuk Capai Kejayaan

Kejayaan kita dalam hidup ini sudah ditentukan oleh Allah. Tapi itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha tapi hanya berserah kepadaNya semata-mata. Jangan pula kita mengambil jalan yang salah untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini.

Jangan sampai kita menganiaya orang lain seperti menipu atau menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri. Kita perlu berusaha melakukan apa sahaja tapi segala usaha yang kita lakukan perlulah ada keberkatan. Barulah kejayaan yang tercipta itu sangat bermakna dalam hidup anda.

5) Cuba Mengambil Jalan Pintas Untuk Berjaya

Ada orang yang berjaya dalam dalam masa yang cepat. Ada juga yang lambat untuk mengecapi kejayaan dalam hidupnya. Semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah dan atas usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah berusaha dan merasai kesusahan dalam mencapai sebuah kejayaan, sudah tentu kejayaan itu akan lebih bermakna kerana ia adalah hasil usaha anda selama ini. Anda akan lebih menghargainya. Ia juga akan menjadikan diri anda orang yang lebih kuat menghadapi segala cabaran.

Dengan mengambil jalan pintas ibarat tidak mahu berusaha terlebih dahulu sebaliknya hanya mahu terus menjadi orang yang berjaya dengan cepat. Jika jalan pintas itu membawa kebaikan tidak mengapa, tapi jika jalan pintas itu membawa keburukan maka ianya perlu dielakkan dan dijauhi sama sekali.

Sebagai kesimpulan, kejayaan yang dicapai dengan usaha akan menjadi lebih manis dalam hidup kita. Dengan usaha menjadikan diri kita sedar akan nikmat untuk mencapai kejayaan tersebut. Kita akan lebih berjaya jika mempunyai ciri-ciri insan yang berjaya dalam diri kita. Namun begitu, banyak faktor yang boleh menghalang kejayaan dalam hidup ini. Ianya berada dalam diri kita sendiri yang perlu sangat kita elakkan. Jika ianya dibiarkan ia akan membawa kesusahan kepada diri kita sendiri. Untuk menjadi orang yang berjaya sememangnya memerlukan usaha yang kuat dan tidak mudah patah semangat.

Semoga kejayaan akan menjadi milik kita seperti apa yang kita impikan. Tidak salah mengimpikan sebuah kejayaan yang akan menjadikan diri kita menjadi orang yang berguna bukan sahaja di dunia ini malah kejayaan di akhirat juga jangan sama sekali dilupakan. Orang yang berjaya hidupnya tidak akan melihat kejayaan didunia semata-mata tapi melihat kejayaan hari akhirat itu adalah kejayaan yang lebih kekal abadi. Kita sama-samalah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini. Berdoalah kepada Allah untuk kejayaan diri kita sendiri dan juga orang lain.

 

Semua orang yang hidup pasti ingin menjadi orang yang berjaya. Setiap orang mahu jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita berhak untuk memiliki apa sahaja kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Untuk panduan anda pada kali ini saya akan berkongsi beberapa tips mudah bagaimana kita dapat memiliki kejayaan dalam hidup kita. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin kejayaan dalam hidup ini.

1. Usaha Yang Berterusan Tanpa Putus Asa. Berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan diri kita. Jika masih belum mencapai kejayaan itu, jangan lekas berputus asa. Cuba lagi sehingga kita berjaya.

2. Belajar Dan Menuntut Ilmu Dengan Orang Yang Telah Berjaya. Ilmu dapat membantu diri kita mencapai lebih banyak kejayaan. Belajar dengan orang yang berjaya kerana pengalaman mereka adalah sangat berharga.

3. Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Pandangan Orang Lain. Kita juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh orang lain. Ia boleh membantu diri kita menjadi lebih baik. Jika pandangan yang tidak baik, maka abaikan ia.

4. Hormati Orang Lain Seperti Menghormati Diri Sendiri. Kita perlu menghormati orang lain yang berada disekeliling kita. Jangan kita merasa diri kita ini terlalu hebat berbanding dengan orang lain.

5. Bersyukur Dengan Nikmat Kejayaan Yang Telah Dikecapi. Setiap nikmat yang kita perolehi hendaklah kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan segala nikmat kepada kita.

6. Membantu Dan Berbuat Baik Kepada Orang Lain. Jika kita mempunyai kelebihan atau kemampuan, bantulah orang lain mengikut kemampuan kita. Lakukan kebaikan kepada orang lain supaya setiap orang akan beroleh manfaat.

7. Mendapat Restu Kedua Ibu Bapa. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, berdoa untuk kesejahteraan mereka. Jasa yang telah diberikan oleh mereka sangat besar. Kehidupan kita akan lebih diberkati olehNya jika ibu bapa sentiasa mendoakan kita.

8. Mendekatkan Diri Kepada Yang Maha Esa. Tiada lagi tempat yang kita boleh mengharapkan pertolongan melainkan kepada Allah. Dialah yang akan memberikan pertolongan kepada hamba yang sentiasa dekat kepadaNya.

Kita hendaklah berusaha dan berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan seperti orang-orang lain yang telah pun berjaya. Banyak cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang memilih untuk menjadi orang yang berjaya atau tidak.

Segala usaha yang kita lakukan perlulah sentiasa diberkati oleh Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Dialah yang akan menentukan segalanya.

 

Adakah anda merasa belum berjaya? Masih banyak keinginan atau cita-cita yang belum tercapai? Hidup anda kurang bahagia? sering merasakan kegagalan?Anda merasa stress? atau anda merasakan kehidupan tidak memihak kepada anda? atau merasakan kehidupan belum berjaya secara maksimum?

Saranan saya adalah anda mendapatkan ijazah ilmu hikmah ini, iaitu melakukan pembersihan diri dan riyadhoh munajah wirid dan doa khusus untuk membuka kejayaan bagi diri anda, membuang kesialan atau hal-hal diatas yang sangat menyedihkan dan menyengsarakan kehidupan anda. Insya Allah, atas kurniaan Allah Tuhan Pengurus serta Pengabul Doa-doa hamba-Nya anda menjadi berubah. Kehidupan anda akan menjadi selalu beruntung serta merasakan kedamaian dan terwujud segala cita-cita anda dan menjadi yang lebih baik dan bahagia, kehidupan menjadi sukses sesuai apa yang anda cita-citakan. Semua atas kurniaan Allah semata.

 

Masing-masing orang mempunyai kadar kejayaan yang berbeza-beza. Kerana makna kejayaan adalah anda mampu mencapai yang diinginkan, itulah berjaya.Contoh: orang yang belum banyak harta, ingin kaya dan akhirnya mencapainya itulah kesuksesan yang ditargetnya. Lain pula perihalnya orang yang sudah kaya raya, ukuran kejayaan mungkin di hatinya adalah mencapai kebahagiaan atau juga boleh keinginan untuk mendapatkan kedamaian tenteram dalam keluarga yang mungkin pada ketika ini sedang  menghadapi krisis rumahtangga. Di saat mencapai ketenteraman itulah boleh di katakan mencapai kesuksesan. Jadi pada intinya kejayaan keberkatan dari amalan ilmu wirid dan doa kejayaan ini adalah merangkumi semuanya. Iaitu rezeki anda semakin lancar dan bertambah serta meraih kedamaian, ketenteraman pun juga tercapai serta keperluan-keperluan yang lain pun insya Allah akan tercapai atas kurniaan Allah SWT dengan keberkatan doa yang istimewa ini..


Bagaimanakah cara untuk mencapai kejayaan yang Anda Inginkan?

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mencapai kejayaan yang anda inginkan. Salah satu cara yang kami ajarkan adalah melakukan pembersihan diri dan melakukan Riyadhoh mengamalkan doa serta wirid untuk meraih kejayaan.

Dalam ijazah ini kami sampaikan cara melakukan pembersihan diri serta melakukan riyadhoh atau munajah dengan membaca wirid dan doa khusus untuk mencapai kejayaan anda. Ilmu ini adalah ilmu hikmah sesuai tatanan yang diajarkan syariat Agama Islam dan yang di wariskan oleh Nabi kita serta para Aulia ‘Allah SWT. Jadi cara yang di lakukan tidak ada tumbal, tidak ada sesaji atau sajen, serta sangat mudah untuk di lakukan sesiapa pun dan dari golongan manapun.

 

Adapun doa khusus yang di wirid kan untuk mencapai kejayaan anda ini adalah doa khusus yang diajarkan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Doa istimewa ini sudah terbukti mustajab dibuktikan oleh banyak orang, kiyai atau ustaz dan semua orang yang yakin dan mampu mengamalkannya dengan keikhlasan serta keyakinan. Amalan ini sangat khusus serta istimewa banyak yang telah berjaya menjadi peribadi yang berjaya setelah mendapat Ijazahan ilmu wirid dan doa khusus untuk mencapai kejayaan ini.

Semua boleh wujud atas izin dan kurniaan Allah SWT. Kerana dalam firman Al-Quran sudah di sebutkan” Ud’uunii Astajib Lakum” berdoalah kalian kepadaKu (Allah) maka akan Aku kabulkan.

 

Jadi dengan dasar-dasar usaha batin inilah anda akan mencapai kejayaan.Selain usaha secara batin ini, anda juga tetap melakukan usaha – usaha secara nyata dan realistik. Namun sudah banyak bukti bahawa usaha mengasah batin serta banyak berdoa secara istimewa akan mampu mencapai apa yang diinginkan.

 

Insya Allah segala keinginan serta hajat anda akan dikabulkan sehingga anda boleh mencapai kejayaan yang anda inginkan di dunia serta mendapat keberuntungan di akhirat. Ertinya anda mendapat dua keuntungan, berjaya di dunia hidup anda makmur, bahagia, dan lain-lain sesuai keperluan atau keinginan anda juga berjaya di akhirat terhindar dari siksa atau api neraka sehingga anda termasuk golongan orang-orang yang selamat di akhirat.

Semoga ilmu wirid dan doa untuk mencapai kejayaan yang kami ijazah kan kepada anda mendapatkan redha dari Allah SWT serta mewujudkan keberkahan bagi kehidupan kita semua. Keberkatan bererti” ziyaadatul khoiir” iaitu bertambahnya kebaikan-kebaikan bagi kita. Jika bertambah kebaikan bererti kita bertambah kejayaan. Kerana salah satu hadis ada yang menyebutkan” sebaik-baiknya manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia yang lain” ertinya kita mampu menolong diri sendiri dan orang lain. Itulah kejayaan sejati. Mampu mencerahkan dan membahagiakan diri sendiri serta orang lain. Semoga kita tergolong orang yang demikian. Aamiin.

 

YURAN KURSUS:RM150

 

Yuran Kursus ini bukan harga untuk membeli Ilmu Hikmah, kerana ilmu hikmah tidak dapat diperjual belikan. Anggap saja yuran itu sekadar perbelanjaan kursus atau sebagai caj pelayanan yang kami berikan untuk Anda selama belajar ilmu hikmah. Berikan yuran kursus dengan ikhlas sebagai tanda rasa terimakasih Anda kepada sesama manusia yang telah membantu Anda dalam belajar.

 

CATATAN: Artikel ini ditulis oleh Anugerah Agung Spiritual Development Centre Diharap tidak copy-paste tulisan ini ke blog atau website lain tanpa izin dari pihak Anugerah Agung Spiritual Development Centre. Terimakasih atas kesedaran Anda untuk menghargai hasil penulisan orang lain. Semoga hidup Anda lebih berkah kerana telah berbuat benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s