RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH SOLUSI MASALAH HUTANG

RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH SOLUSI MASALAH HUTANG

Penyelesaian Hutang – Adakah anda sedang mengalami salah satu keadaan di bawah ini atau bahkan lebih dari satu keadaan?

 

• Sedang berhutang untuk membeli barang keperluan?
• Tidur tidak nyenyak kerana dikejar hutang?
• Makan tidak nafsu kerana selalu dibayangi hutang?
• Jadi raja hutang?
• Sedang memegang kepala kerana hutang bertambah banyak?
• Merasa hutang sepertinya tidak akan pernah terlunas?
• Dikejar kejar Debt Collector tiap hari tiap masa?
• Sijil rumah tidak boleh ditebus bahkan sedang diambang lelong?
• Mempunyai perniagaan besar tapi hutang juga besar?
• Mempunyai satu hutang dibayar dengan hutang yang lain?
• Tambah tua tambah berhutang?
• Bergerak terpaksa dimatikan kerana takut dikenakan?
• Merasa enggan melakukan aktiviti kerana terlalu berat memikirkan masalah hutang?

 

Kerap kita mendengar orang mengeluh..kalau dulu bawa RM100 ke pasaraya..banyak barang boleh dibeli..tapi sekarang ni..dengan RM300 seminggu pun belum cukup lagi untuk barang keperluan satu minggu bagi family yang ada 2-3 orang anak.

 

Inlah satu perkara yang amat membimbangkan sekarang ini, iaitu kos kehidupan. Kehidupan di bandar kos, meningkat secara mendadak – kos perumahan, kereta, perubatan dan sebagainya yang tinggi menyebabkan ramai yang berhutang, lantas menghakis keupayaan warga kota untuk menabung.  Soal selidik Nielson mendapati 42% rakyat Malaysia menggunakan baki pendapatannya untuk menjelaskan hutang (termasuk kad kredit dan pinjaman).  Dengan kata lain, pendapatan yang boleh digunakan untuk menabung, kini digunakan untuk melangsaikan hutang.

 

Sehingga akhir tahun 2010, hutang keluarga negara kita telah mencecah paras RM581 bilion, bersamaan 80% nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), negara kedua tertinggi di rantau Asia.

 

Antaranya, hutang kad kredit meningkat pada purata kadar 16.4% antara tahun 2000 hingga Ogos 2010, menjadi hutang yang bertambah paling mendadak, jauh di depan hutang perumahan dan kereta.  Sehingga September 2010, hutang kad kredit yang belum dilangsaikan telah mencecah paras baru, iaitu RM29 bilion.

 

Beberapa tahun kebelakangan ini, kos perubatan yang mahal menjadi antara perkara yang amat membebankan dalam hutang kad kredit.  Menurut statistik AKPK, kos perubatan yang terlalu tinggi menjadi punca utama 26% penghutang gagal selesaikan hutang keluarganya.

 

Selain itu, program pengendalian hutang yang dijalankan AKPK mendapati 74.3% orang berdepan dengan hutang perumahan, kereta dan kad kredit.  Lebih penting, krisis hutang keluarga menunjukkan pola di mana golongan yang ditimpa masalah ini semakin muda usianya.  43.8% berada pada lingkungan usia 30 hingga 40 tahun, dan 15.5% berada pada lingkungan 20 hingga 30 tahun.

 

Sebab itulah kita dapati warga kota mula mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan yang kian mencabar. Dengan satu sumber pendapatan sahaja pastinya tidak mencukupi, selain daripada bekerja di siang hari, warga kota melibatkan diri dalam perniagaan atau kerja separuh masa.

 

Sebab itu kita dapati hidup hari ini kian mencabar, masa untuk diluang bersama keluarga kian kurang, dan hubungan dengan keluarga makin ada jurang. Masalah ini sudah tampak berlaku sekarang ini, apabila anak-anak di sekolah tidak menghiraukan nasihat guru-guru serta kecenderungan untuk mereka melakukan salah laku.

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. Sebab keadaan dirinya yang berhutang itu sangat berpotensi menjadikannya hidup dalam ketidakpastian alias bingung dan menjadikannya tidak gembira alias bersedih hati.

 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mudah berfikir untuk menacari pinjaman alias berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung tidak berfikir untuk berhutang selagi ia masih mempunyai idea penyelesaian selain berhutang dalam hidupnya. Orang rajin bahkan akan menolak bilamana memperoleh tawaran pinjaman wang kerana ia anggap itu sebagai suatu beban yang menyusahkan.

 

Biasanya orang yang terlilit hutang menjadi orang yang diliputi rasa takut. Ia cenderung menjadi pengecut. Jauh dari sifat berani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kikir jauh dari sifat demawan. Bila kotak amal atau sedekah melintas di depannya ia akan membiarkannya berlalu Hal ini kerana ia menggunakan logik “Bagaimana aku boleh bersedekah, sedangkan hutangku saja belum habis dibayar.

 

Hendaklah kita serahkan harapan kita sepenuhnya kepada Allah Ta’aala Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji agar menyelesaikan problem hutang yang berpanjangan membebani hidup anda ketika ini. Di samping itu memohon perlindungan Allah Ta’aala dari kesewenang-wenangan manusia.  Kesewenangan dimaksudkan terutama yang berpunca dari pihak yang memberi hutang. Sebab tidak jarang didapati bahawa pihak yang memberi hutang lantas bertindak zalim kepada yang berhutang. Ia merasa telah menabur jasa dengan meminjamkan wang kepada yang berhutang. Lalu ia merasa berhak untuk berbuat sekehendaknya kepada yang berhutang apalagi jika yang berhutang menunjukkan gejala tidak sanggup membayar hutangnya dengan segera.

 

Itulah sebabnya dunia moden dewasa ini banyak diwarnai oleh pelbagai tindakan kezaliman. Sebab dalam era dunia moden manusia sangat mudah berhutang.Dalam kebanyakan transaksi manusia dianjurkan untuk terlibat dalam hutang alias transaksi yang tidak tunai. Sedikit sedikit kredit. Apalagi skema pelunasan hutangnya melibatkan amalan riba yang termasuk dosa besar. Islam adalah ajaran yang menganjurkan manusia untuk membiasakan diri berniaga secara tunai. Ini bukan bererti Islam mengharamkan berhutang. Hanya saja Islam memandang bahawa berhutang merupakan suatu pilihan yang bukan ideal dan utama. Itulah sebabnya ayat terpanjang di dalam Al-Qur’an ialah ayat mengenai berhutang, iaitu surah Al-Baqarah ayat 282.

 

Wahai saudaraku kaum muslimin dan muslimah, ketahuilah hidup manusia memang  penuh cubaan, jalan terjal penuh berliku yang kadang-kadang menjadikan  kita berputus asa, termasuk urusan rezeki. Perniagaan yang dulu berjaya tiba-tiba rugi, hutang terkumpul di mana-mana dan  sebagainya. Padahal kita merasa sudah berupaya  semaksimum  mungkin  mengatasinya,  namun tetap saja belum membuahkan hasil.

 

Hal utama yang perlu dan patut kita renungkan adalah dengan introspeksi iaitu dengan sebuah soalan sejauh mana usaha kita tersebut? Usaha manusia merangkumi dua dimensi, iaitu lahiriah dan batiniah. Biasanya usaha batiniah yang sering kita lupakan. Hujung-hujungnya ketika kita menghadapi  kendala dalam usaha, kita langsung menghukum bahawa Tuhan tidak adil.  Padahal,  Dia selalu menolong hamba-Nya, namun kita sendiri yang tidak mahu meminta pertolongan-Nya.

 

Saya akan memberikan cara bagaimana hutang-hutang anda  akan  terlunas dengan cara Islam, iaitu dengan wirid dan  doa-doa yang berasal dari sumber-sumber yang boleh  “dipertanggungjawabkan”. Ertinya isi kandungan dari doa-doa kita tidaklahbertentangan dengan syariat Islam.

Insya Allah wirid dan doa ini akan memberi berkah bagi Anda untuk mampu melunasi segala hutang Anda dan mendapatkan keberkahan hidup untuk menjadi lebih baik serta berkah. Dengan mengharap Ridho dari Allah SWT, tanpa menggunakan perantaraan jin, tanpa tuyul, tanpa tumbal atau pensugihan. 100% mengharapkan pertolongan Allah SWT.

 

Semua kehidupan manusia adalah dalam genggaman Allah Tuhan Semesta Alam. Maka apabila Anda ada masalah apapun adalah hanya mengharap kepada Allah dengan cara munajah dan meminta kepada-Nya.

 

Saudaraku yang sekarang masih  terlilit  hutang, pernahkah anda  menyedari sebelum terlambat bahawa cara-cara yang dilakukan adalah mudah dan tanpa melakukan ritual yang menyimpang dari ajaran Islam.  Hanyalah  diperlukan kesabaran dan kesungguhan dalam mendekatkan diri kepada  Allah. Dulu tidak pernah dekat, maka cubalah  sedekat  mungkin  bersujud sambil menangis di hadapan Yang Maha Pencipta bahawa mulai sekarang  juga anda mengakui semua kesalahan, kesombongan,  keserakahan,  kezaliman anda jualah yang menyebabkannya baik dilakukan secara sedar  mahupun khilaf. Bersihkan hati anda dulu, Yakinlah bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada Anda!

 

Demikian apa yang saya sampaikan semoga berguna bagi saudara-saudara kita yang sampai ketika waktu ini hidupnya selalu dikejar hutang. Dan saudara-saudara muslim kita yang sebentar lagi akan mengalami perubahan besar ke arah yang lebih baik dalam kehidupannya.

 

YURAN KURSUS:RM170

 

Yuran Kursus ini bukan harga untuk membeli Ilmu Hikmah, kerana ilmu hikmah tidak dapat diperjual belikan. Anggap saja yuran itu sekadar perbelanjaan kursus atau sebagai caj pelayanan yang kami berikan untuk Anda selama belajar ilmu hikmah. Berikan yuran kursus dengan ikhlas sebagai tanda rasa terimakasih Anda kepada sesama manusia yang telah membantu Anda dalam belajar.

 

CATATAN: Artikel ini ditulis oleh Anugerah Agung Spiritual Development Centre Diharap tidak copy-paste tulisan ini ke blog atau website lain tanpa izin dari pihak Anugerah Agung Spiritual Development Centre. Terimakasih atas kesedaran Anda untuk menghargai hasil penulisan orang lain. Semoga hidup Anda lebih berkah kerana telah berbuat benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s