RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH KEREZEKIAN & KEKAYAAN ANUGERAH AGUNG

RAHSIA PROGRAM ILMU HIKMAH KEREZEKIAN  & KEKAYAAN ANUGERAH AGUNG

Dalam Program ilmu Hikmah Kerezekian dan Kekayaan ini,sengaja saya cantumkan secara khusus akan doa-doa serta amalan ilmu Hikmah yang berkaitan dengan masalah kerezekian.Kerana amalan-amalan hikmah tersebut sangat penting lagi diperlukan oleh setiap orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT demi mendapatkan rezeki yang banyak,demi tercapainya kehidupan yang baik,bahagia dan sejahtera serta mencukupinya segala keperluan ekonominya. Menurut para Ulama, ikhtiar secara zahir sebaiknya diseimbangkan dengan ikhtiar usaha secara bathiniah. Iaitu salah satunya dengan mengamalkan doa atau wirid tertentu sebagaimana yang telah diajarkan para pakar ilmu hikmah.

 

Keseluruhan program Ilmu-ilmu Hikmah dalam website ini adalah diperolehi oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D secara berguru secara benar dan asli selama bertahun-tahun lamanya kepada banyak Guru-Guru Ilmu Hikmah dari dalam Negeri mahupun Luar Negara.

 

Apalagi pada zaman yang sedang mengalami krisis ekonomi seperti sekarang ini,dimana keperluan ekonomi semakin meningkat sementara lapangan kerja serta untuk mendapatkan pekerjaan semakin menipis.Jadi,untuk itulah program ilmu-ilmu hikmah yang berkaitan dengan kerezekian dan kekayaan ini dibuka dan diajarkan kepada anda,agar apa yang kita lakukan mendapat berkat/berkah dan redha Allah SWT sehingga setiap ikhtiar usaha kita akan berjalan dengan baik dan bermanfaat bagi kehidupan kita dan keluarga kita.

 

Sebenarnya urusan rezeki seseorang itu adalah merupakan hak dan urusan Allah,dimana setiap orang tidak dapat menentukannya sendiri. Kerana Allah yang telah menciptakan manusia,maka Dia pulalah yang menentukan dan mencukupi rezeki hamba-hambaNya itu.

 

Sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya Surah Ar-Ruum ayat 40 sebagai berikut:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ

“ALLAAHUL LADZII KHALAQAKUM TSUMMA RAZAQAKUM…”

Ertinya:

“Allah yang menciptakan kamu,kemudian memberimu rezeki”(Q.S.Ar Rum:40)

Disamping itu masih banyak lagi firman Allah yang menjelaskan,bahawa rezeki itu berasal dari Allah,yang bila Allah menghendaki untuk menahannya,maka tidak ada seorang hambapun yang dapat menolaknya. Sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya Surah Al Mulk ayat 21 sebagai berikut:

أَمَّنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ

“AMMAN HAADZAL LADZII YARZUQUKUM IN AMSAKA RIZQAHU…..”

Ertinya:

“Atau siapakah dia ini yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya?…”(Q.S Al Mulk:21)

 

Namun demikian,walaupun rezeki itu dari Allah dan Dia pulalah yang menjamin pada tiap-tiap hamba-Nya,kita selaku hamba wajib berusaha mencari rezeki tersebut,tidak boleh hanya dengan berpangku tangan menanti datangnya rezeki itu. Melainkan kita harus bekerja keras memeras tenaga dan fikiran demi mendapatkan rezeki itu,kerana sukses dan tidaknya seseorang itu bergantung dari usahanya. Kerana dengan usaha ikhtiar itulah maka Allah akan menyalurkan rezeki-Nya.

 

Sebagai seorang Muslim,semua usaha yang kita lakukan itu hendaknya sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh Allah,yang tertuang dalam peraturan syari’at Islam.Seperti,bagaimana adab dan tatacara berjual beli,mengadakan perserikatan dagang,sewa menyewa,hukum riba dan lain sebagainya.

 

Dengan mengikuti petunjuk-petunjuk tersebut,Insya Allah hasil usaha yang kita peroleh merupakan hasil yang halal,bersih dan diridhai oleh Allah SWT. Selain daripada itu kita juga harus memperhatikan kewajipan-kewajipan kita lainnya.sholat misalnya,jangan sampai kerana telah disibukkan dalam berusaha,bekerja,berniaga dan sebagainya,kewajipan yang lain kita abaikan. Walau bagaimanapun sibuknya kita menghadapi perniagaan,tetapi kalau sudah masuk waktunya solat atau sudah terdengar azan,maka segala urusan keduniawian kita harus kita tinggalkan terlebih dahulu,dan dengan penuh tanggungjawab kita menghadapkan wajah kehadirat Allah SWT,menunaikan perintah-Nya.

 

Selanjutnya,kalau kita ingin mendapatkan rezeki yang luas, melimpah,mudah,banyak dan lancar,maka kita harus memohon kepada Allah semata-mata,tidak kepada yang lain-Nya.kerana Allahlah yang mempunyai rezeki dan Dia pulalah yang berhak memberinya kepada hamba-hamba-Nya

 

Rahsia Cepat Kaya versi ilmu Hikmah

 

REZEKI & KEKAYAAN YANG DIBERKATI

Tahukah Anda? Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!.. Ianya Bermula Dari “Rezeki Yang Diberkati..”

 

Saya ingin bertanya kepada Anda,suatu masa adakah anda pernah merasakan, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.

 

Kenderaan anda terlibat dalam kemalangan, anak sakit, kawan,saudara mara nak pinjam duit, air cond,mesin basuh di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi balik kampung, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi,Anda baru kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang… kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan.

 

Nak kata gaji anda cukup-cukup makan alias gaji kecik? Tidak juga!…

Nak kata suka enjoy? anda seorang yang suka duduk di rumah bersama family!…

Nak kata tidak tahu urus duit? mustahil sebab Bukan main  anda berjimat cermat simpan duit!…

Ada yang bekerja gaji beribu-ribu tapi duit gaji terpaksa digunakan kesemuanya untuk membayar hutang piutang,hutang bertimbun-timbun menumpuk,wang gaji habis digunakan untuk membayar hutang

 

Jadi? Apakah Masalah Yang Sebenarnya?

 

Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah. Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA. Ia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.

 

Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita..

 

Keluarga yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculik

Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh

Kereta baru yang terjunam ke dalam lombong

Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya..

dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..

 

Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?

 

Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar. Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.

 

Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.

 

Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.

 

Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah & Diberkati cara ilmu hikmah kini dibongkarkan…

 

Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin.. bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak. Ia sebenarnya terletak pada rasa “syukur” yang wujud dalam diri. Namun begitu, ramai yang terkeliru dengan pengertian syukur ini dan kurang jelas dengan hakikat sebenar “rasa syukur”..

“DAN di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur.” (al-Qasas: 73)

 

Berusaha mendapatkan rezeki halal dituntut dalam Islam. Malah di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya berusaha mencari rezeki halal.

 

Ayat-ayat al-Quran menjelaskan bahawa berkerja adalah tugas serta tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan merupakan satu ibadah. Malah, sebarang usaha mencari rezeki halal adalah fardu ain. Rasulullah s.a.w. mengingatkan : Mencari sesuatu yang halal adalah fardu selepas menunaikan fardu (sebelumnya).

 

Mungkin timbul di fikiran kita, Kenapa orang yang mencari rezeki di jalan yang tidak halal dikurniakan kemewahan dan kesenangan. Sedangkan orang yang mencari rezeki di jalan halal, kehidupannya ala kadar sahaja?

 

Mengupas pelbagai persoalan berhubung rezeki ataupun disebut hasil pendapatan sebagaimana saranan Islam,sila baca artikel dibawah ini:

 

Apakah definisi rezeki dan rezeki yang diberkati menurut pandangan Islam?

Jawapan: Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizq atau al-`atha’ iaitu pemberian. Manakala, dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah S.W.T. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram.

 

Rezeki berkat pula bermaksud, rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita, tetapi ia sesuatu yang baik dan cara ia diperoleh juga baik. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

 

Ayat ini menjelaskan lagi bahawa kita mesti mendapatkan rezeki yang berkat, kerana Allah S.W.T. menyebut demikian. Kita diperintahkan supaya bukan setakat memakan rezeki yang halal tetapi juga rezeki yang baik harus menjadi prioriti. Contohnya, sesuatu makanan yang halal belum tentu baik kerana ia menjejaskan kesihatan kita sekiranya diambil dalam jumlah banyak, seperti gula, daging atau makanan yang sudah basi.

 

Selain itu, mencari rezeki juga memerlukan tujuan yang baik, bukan tujuan untuk mencari kekayaan semata-mata dan menjadi takbur dengan kekayaan itu, ataupun mencari rezeki bertujuan membantu orang kafir, membunuh orang Islam dan banyak lagi.

 

Malah dalam konteks berkat itu sendiri, ia membawa maksud bertambah secara maknawi atau tersirat. Ini tidaklah bermakna rezeki RM100.00 menjadi RM150.00, tetapi kita merasa cukup dengan pendapatan yang sederhana biar pun jumlah anak ramai.

 

Walaupun perkara ini tidak disebutkan di dalam al-Quran atau hadis, tetapi berkat itu sendiri membawa maksud peningkatan, penambahan dan penyuburan.

 

Apakah kepentingan rezeki di dalam Islam?

Ia jelas digambarkan di dalam al-Quran, “Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu, maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.”(al-Ankabut: 17)

 

Dalam ayat ini dijelaskan empat perkara kepada kita. Pertama, bahawa rezeki itu mestilah dicari atau kita berusaha memperolehnya kerana ia tidak datang sendiri, umpama yang bulat tidak dapat bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

 

Sebab itulah, pada zaman Umar al-Khattab, apabila ada di kalangan umat Islam yang hanya duduk berzikir dan bersembahyang di masjid, mereka dihalau oleh Umar dan menyuruh mereka keluar bekerja mencari rezeki.

 

Ini membuktikan, konteks rezeki di dalam Islam itu sendiri mengajar umat Islam supaya berusaha. Allah S.W.T. mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani kepada umat manusia. Salah satu tujuannya, membolehkan mereka bekerja mencari rezeki halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

 

Bagi orang yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan, sama seperti pesakit yang mengharapkan sembuh, tetapi tidak mahu mengikut nasihat doktor atau mengambil ubat (sebagai tanda berusaha).

Kedua, Allah menyuruh kita beribadat, dan dengan rezeki itu kita dapat beribadat dengan sempurna. Bagaimana kita hendak beribadat, kalau kita tidak mempunyai wang untuk membeli baju, kain kecuali di dalam keadaan darurat.

 

Hal ini dapat dikaitkan dengan sebuah hadis bermaksud: Sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.

 

Walaupun hadis ini hadis daif atau lemah tetapi boleh diambil kira kerana ia memang berlaku. Seorang ulama hadis menghukum hadis ini sebagai hadis `daif jiddan’ iaitu hadis yang amat lemah tetapi menurutnya, ia boleh dianggap hadis sahih sekiranya ia dianggap sebagai kemiskinan hati.

Ketiga, membuatkan umat Islam bersyukur. Rasa kesyukuran ini bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk orang lain. Contohnya, dengan bersyukur itu akan lahir rasa tanggungjawab berzakat, bersedekah, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan banyak amalan baik boleh dilakukan.

Keempat, menjamin kekuatan ekonomi umat Islam terutamanya melalui kewajipan berzakat. Apabila umat Islam berlumba-lumba membersihkan dan menyuburkan rezeki, maka akan wujud individu yang kuat iman kerana ia bukan sahaja mencari rezeki untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga seterusnya agama, ummah dan negara.

 

Apakah hikmah atau manfaat daripada rezeki yang berkat?

Hakikatnya, terlalu banyak hikmahnya. Pertama, rezeki yang berkat, ia menjadi punca atau asbab kepada termakbulnya doa.

 

Ini diperkukuhkan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan perkara yang baik, dan Allah memerintahkan orang Islam (orang yang beriman), sebagaimana Allah perintahkan kepada para Rasul. Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai sekalian rasul hendaklah kamu memakan makanan yang baik dan melakukan perbuatan yang soleh dan Allah menyebut juga, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada perkara baik yang telah Aku kurniakan.

 

Kemudian Nabi bercerita: Seorang lelaki telah melalui perjalanan yang jauh sehinggakan pakaian dan penampilannya kusut masih. Lelaki itu menadah tangan berdoa kepada Allah menyebut, Ya Rabb, Ya Rabb tetapi lelaki itu makan makanan dan minuman yang haram serta memakai pakaian haram, dan dia diberi makanan yang haram. Oleh kerana itu bagaimanakah Allah hendak menerima doanya?

 

Jelas di sini, biarpun doa seorang musafir di antara doa yang dimakbulkan, tetapi ia menjadi tidak termakbul kerana makanan, minuman dan pakaiannya terdiri daripada sumber yang haram.

Selain itu, rezeki yang berkat juga menjauhkan seseorang itu daripada api neraka. Sabda Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Al-Hakim : Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah lebih utama untuk dirinya.

 

Seterusnya, menerusi rezeki yang berkat ini juga menandakan kita telah menyahut dan melaksanakan perintah Allah, dan pasti mendapat pahala.

 

Sebagaimana firman Allah bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (al-Zalzalah: 7-8)

 

Selain itu, kita juga menjaga maruah umat Islam kerana melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

 

 

Sheikh Ismail al-Humaidi menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu berkhutbah di Masjid al-Qiblatain. Seorang lelaki daripada keluarga miskin mendapat kekayaan daripada sumber yang haram.

 

Abangnya yang kaya dan mempunyai dua orang anak berpesan kepadanya supaya menguruskan harta-hartanya selepas dia meninggal dunia, kerana dua orang anaknya masih kecil.

 

Setelah mereka dewasa, harta tersebut mestilah dikembalikan kepada mereka. Tetapi lelaki tersebut tidak menunaikan amanah abangnya.

 

Sebelum lelaki tersebut meninggal dunia, dia ditimpa sejenis penyakit kulit yang menyebabkan bau busuk sehingga sesiapapun tidak sanggup mendekatinya.

 

Lebih menyedihkan, apabila hendak dikafankan, jenazahnya terpaksa disiram minyak atar, supaya baunya hilang. Malah, tidak ada yang sanggup menjunjung keranda dan mengebumikannya.

 

Inilah contoh yang ditunjukkan Allah di dunia terhadap orang yang tidak memperdulikan halal atau haramnya rezeki yang dimiliki.

 

Di samping itu, rezeki berkat juga membawa kesejahteraan dan ketenangan jiwa kepada empunya diri. Contohnya dengan rezeki yang sedikit, dia merasa cukup dan hatinya tetap tenang serta bersyukur.

 

Melihat aspek keberkatan itu sendiri, bagaimana nilai sebenar rezeki berkat yang diperoleh dan seharusnya bagaimana ia diuruskan?

 

Memanglah harta yang diperoleh itu boleh digunakan mengikut kehendaknya sendiri. Namun, di dalam Islam tidak boleh ada unsur pembaziran. Sesuai dengan firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.

 

Sebaiknya, gunakanlah mengikut keperluan dan kemampuannya, bukan menurut hawa nafsu. Pun begitu, Islam tidak melarang umatnya bermewah-mewah dengan syarat tidak melampaui batas. Ia sejajar dengan saranan Islam di dalam hadis bermaksud: Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana.

 

Ini kerana, Islam turut menggalakkan umatnya kukuh dari segi ekonomi kerana melaluinya juga, ia dapat membela umat Islam yang lebih memerlukan.

 

Bagaimana pula pandangan Islam dengan hasil pendapatan daripada pekerjaan yang mempunyai unsur subahat seperti bekerja di kilang arak, pusat hiburan yang ada unsur maksiat, bolehkah alasan darurat digunakan?

Dalam hal ini, kita boleh membahagikannya kepada dua bahagian; pertama, wanita atau lelaki yang bekerja di kelab malam. Hukum asal bekerja di tempat sebegini adalah haram secara qath`i (muktamad).

 

Alasan darurat bekerja di kelab malam atau rumah pelacuran dalam konteks di Malaysia, saya rasa tidak dapat diterima kerana banyak rakyat dari negara lain datang mencari rezeki di sini dan mereka boleh menjadi kaya raya. Apatah lagi kita rakyat Malaysia sendiri.

 

Kalau alasan ini yang diberikan pada masa sekarang, ini bererti dia tidak berusaha untuk merubah hidupnya atau hanya mencari jalan mudah. Sedihnya, mereka langsung tidak memikirkan rezeki yang diperoleh itu akan menjadi darah daging, bukan sahaja kepada dirinya tetapi mereka yang berada di bawah tanggungannya.

 

Kecualilah jika nyawanya terancam oleh pihak tertentu, ia boleh dikira sebagai darurat. Hakikatnya, di Malaysia banyak pekerjaan yang halal boleh dilakukan. Yang perlu cuma tepuk dada tanya iman.

Kedua, bagi mereka yang bekerja di premis-premis yang menjual arak, seperti di gedung membeli-belah, ini dibolehkan kerana kita tidak terlibat langsung dengan benda-benda haram seperti itu.

 

Namun, mereka yang terlibat secara langsung dalam penyediaan arak, seperti tempat memproses arak dan sebagainya, ia jelas dilarang oleh agama. Dan tiada alasan untuk membenarkannya. Ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad bersabda: Jibril datang kepadaku lantas berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya Allah melaknat arak dan melaknat orang yang membuat arak, orang yang memerah buah untuk membuat arak, peminum arak, pembawa arak, penjual arak, pembeli dan orang yang menghidangkannya.”

 

Sebahagian ulama mengharuskannya sekiranya pekerja tersebut melakukannya untuk sementara mencari pekerjaan lain. Serupa juga halnya dengan mereka yang bekerja di bank-bank yang mengamalkan riba. Mereka dikira dalam keadaan darurat.

 

Bolehkah kita melihat tanda-tanda rezeki yang berkat melalui kehidupan harian ataupun pada diri anak-anak kita?

Mengenai tanda-tanda rezeki berkat, namun hadis yang disebutkan sebelum ini, iaitu tentang makbulnya doa, menjelaskan segalanya.

Ini kerana kesan daripada doanya yang termakbul, ia membawa kepada kebahagiaan, keharmonian di dalam keluarga, ketenangan jiwa dan banyak lagi nikmat yang kita tidak sedari daripada Allah kepada hamba-Nya yang patuh perintah-Nya dan larangan-Nya.

 

`Ulat di dalam batu pun boleh hidup.’ Bagaimana pandangan Islam mengenainya?

Di dalam Islam, konsep qada dan qadar mesti ada dalam diri setiap umat Islam tetapi tidak bererti ia harus berserah tanpa berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

 

Peribahasa di atas sebenarnya tidak begitu sesuai dengan ajaran Islam, kerana usaha itu amat penting. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis: Doa itu merupakan satu usaha. Allah akan merubah qada-Nya dengan doa.

 

Apakah kesimpulan yang boleh digarap melalui tajuk ini?

Yang penting, dalam hal rezeki berkat ialah memastikan kehalalannya dan jalan mendapatkannya juga mestilah halal. Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun. Contohnya, kerjaya guru, ia satu pekerjaan yang mulia dan halal tetapi sekiranya disalahgunakan, ia bertukar kepada haram.

 

Misalnya,sepatutnya ia mengajar selama dua jam tetapi dikurangkan waktunya atau tidak mengikut kaedah yang sepatutnya. Itu menjadi haram walaupun pada zahirnya, kelihatan halal.

 

Begitu juga dengan mereka yang bekerja dengan syarikat bukan Islam. Bekerja dengan majikan bukan Islam tidak salah, malah kerja tersebut adalah halal kecuali pekerjaan tersebut melibatkan kerja-kerja maksiat, penipuan, riba, melalaikan sembahyang, mencuri. Sudah tentu ia bertukar menjadi haram.

 

Bekerja sebagai pengawal yang bertugas malam contohnya, tidak mustahil pekerjaan yang asalnya halal dan baik tadi bertukar kepada tidak diberkati, dengan tindakannya tidur pada waktu bekerja. Ini juga menandakan, ia mengkhianati amanah yang diberikan majikannya. Sedangkan mengkhianati amanah itu salah satu tanda munafik.

 

Yang pasti, pekerjaan apa sekalipun, sifat amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, ikhlas dan seterusnya jujur, barulah datangnya keberkatan rezeki yang diperoleh.

 

Dalam masa sama, kita mestilah sentiasa merasa qana`ah (cukup) de-ngan apa yang diperoleh, bersyukur, sentiasa beristighfar dan selalu meminta keampunan daripada Allah S.W.T.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s