PERSETUJUAN MEMPELAJARI ILMU HIKMAH

 

PERSETUJUAN MEMPELAJARI ILMU HIKMAH


Demi kebaikan bersama dan untuk menghindari kesalahfahaman, sebelum Anda memesan (mengikuti kursus) Ilmu Hikmah Anugerah Agung dari website:            https://kuncipembukaberkahkehidupan.wordpress.com, silakan Anda membaca poin-poin persetujuan di halaman ini. Apabila Anda memutuskan untuk memesan / mengikuti kursus Ilmu Hikmah dari website ini, maka Anda dianggap sudah setuju dengan semua pernyataan di bawah ini:

  1. Anda memesan / mengikuti kursus Ilmu Hikmah Anugerah Agung atas keinginan Anda sendiri atas dasar keperluan atau kesenangan diri Anda sendiri, bukan atas paksaan siapapun.
  2. Sebagai penyedia layanan kursus Ilmu Hikmah, kami menjamin bahawa program / kursus Ilmu Hikmah yang Anda pesan akan sampai di alamat Anda dalam waktu antara 1-7 hari bergantung lokasi rumah Anda.
  3. Ketika Anda memesan / mengikuti kursus Ilmu Hikmah Anugerah Agung dalam website ini, bukan bererti Anda membeli ilmu, membeli hikmah atau membeli berkah. Jangan menganggap ini sebagai jual-beli, kerana ilmu, hikmah dan berkah dari Allah SWT tidak mungkin boleh diperdagangkan / dijual beli. Dan Anda jangan berharap, dengan membayar sejumlah wang, maka Anda langsung mendapatkan ilmu secara instant / segera, kerana belajar ilmu hikmah perlu proses sebagaimana belajar ilmu-ilmu yang lain.
  4. Kami sebagai Guru Ilmu Hikmah (Pembimbing) hanya berperanan sebagai Mentor Anda dalam belajar, dan kesuksesan Anda dalam belajar bergantung keseriusan Anda dalam mengamalkan Ilmu Hikmah dan tentu tidak lepas dari rahmat dari Allah SWT.
  5. Mahar / Yuran Kursus / Fidyah yang kami tentukan jangan dianggap bahawa kami menilai ilmu dengan wang / duit. Namun anggaplah sebagai kos pendaftaran yang sewajarnya. Sebagaimana ketika Anda mengikuti kursus bahasa Inggeris atau belajar di universiti, Anda diharuskan membayar sejumlah wang untuk kelancaran proses belajar. Membayar wang kursus bukan bererti Anda membeli ilmu. Kerana ilmu harus Anda pelajari dan amalkan sendiri agar dapat menyatu dengan diri Anda.
  6. Bayarkan yuran kursus dengan ikhlas sepenuh hati kerana Anda menghargai waktu dan usaha orang lain yang telah membantu Anda dalam belajar. Keikhlasan sangat penting, kerana apabila Anda masih berfikir dengan prinsip jual-beli, maka Anda akan sulit mendapatkan kesuksesan dalam belajar ilmu hikmah.
  7. Ilmu Hikmah hanya boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Tolok ukur kebaikan adalah tidak merugikan diri sendiri, tidak merugikan orang lain dan tidak merugikan alam. Apabila disalahgunakan biasanya akan terjadi kesialan dalam hidup Anda. Kesialan itu adalah peringatan yang diberikan Allah kerana Allah sayang kepada Anda. Apabila Anda bertaubat, maka keberkahan akan kembali lagi kepada Anda.
  8. Yuran Kursus yang Anda bayarkan adalah sekadar untuk mengganti bayaran perkhidmatan kami dan untuk mengganti perbelanjaan penyediaan sarana untuk belajar ilmu hikmah, bukan untuk membeli berkah atau manfaat Ilmu Hikmah yang bersifat ghaib.
  9. Apabila masih ada fikiran untuk membeli, maka yang Anda bayar sesungguhnya adalah pelayanan dan wujud fizik bahan kursus Ilmu Hikmah (iaitu berupa manual panduan dan media garam untuk penurunan ilmu jarak jauh). Anda tidak membayar untuk mendapatkan ilmu, hikmah ataupun berkah. Kerana manusia hanya mampu berusaha dan Allah-lah yang memberi kita ilmu, hikmah Anugerah Agung dan keberkahan dalam usaha / ikhtiar kita.
  10. Pemesanan Ilmu Hikmah tidak boleh dibatalkan selama kami telah memenuhi kewajipan kami iaitu mengirim program panduan Ilmu Hikmah Anugerah Agung sebagaimana kami jelaskan di website ini. Kami tidak akan mengembalikan yuran kursus yang sudah Anda bayarkan atas alasan apapun selama kami sudah memenuhi kewajipan kami.
  11. Ketika Anda memesan / mengikuti kursus Ilmu Hikmah , kami menganggap Anda sudah memahami penjelasan-penjelasan mengenai Ilmu Hikmah yang Anda pesan. Oleh kerana itu, kami sangat menyarankan Anda membaca semua artikel di bahagian “Info Ilmu Hikmah” sebelum memesan satu atau beberapa program kursus Ilmu Hikmah.
  12. Kursus Ilmu Hikmah yang kami selenggarakan di https://kuncipembukaberkahkehidupan.wordpress.com merupakan salah satu bentuk dari kursus jarak jauh. Sebagaimana ilmu-ilmu yang lain, agar Anda menguasai ilmu yang Anda harapkan, Anda harus mahu mengamalkan ilmu hikmah dengan istiqomah (rutin dan tekun). Kerana hanya dengan istiqomah, keberkahan ilmu dan amalan dapat Anda rasakan.
  13. Sebagaimana sekolah atau tempat kursus pada umumnya, kami pastinya memberikan usaha terbaik kami dalam mengajarkan Ilmu Hikmah kepada para murid (peserta kursus). Sedangkan peserta kursus (Anda) diharapkan mengikuti kursus sebaik mungkin dengan cara mengamalkan apa yang diajarkan. Seperti yang Anda tahu bahawa di dunia ini tidak ada sekolah, universiti atau tempat kursus yang menjamin semua murid pasti pintar dan sukses. Maka, kami sebagai pembimbing kursus ilmu hikmah pun tidak menjamin setiap peserta kursus pastinya sukses dalam mempelajari ilmu hikmah. Kerana diantara para murid, kadang ada yang tidak tekun dan tidak istiqomah dalam menjalankan amalan ilmu hikmah, sehingga menghambat keberhasilan. Namun, menurut pengalaman kami, selama Anda mahu mengamalkan apa yang kami ajarkan dengan istiqomah, maka insya Allah segala ilmu hikmah akan berhasil Anda kuasai dengan sempurna.
  14. Demi kesuksesan Anda dalam mendapatkan berkah dalam setiap usaha, Anda haruslah menyeimbangkan antara usaha lahir dan batin. Kami meyakini, formula sukses adalah 50% usaha lahir (usaha nyata) dan 50% usaha batin (usaha spiritual). Ilmu Hikmah merupakan usaha batin yang harus Anda lengkapi dengan usaha nyata.
  15. Ilmu Hikmah adalah sarana usaha batin sebagai pelengkap usaha lahir yang Anda lakukan. Prinsipnya, manusia berusaha, Allah yang menentukan hasilnya. Berdasarkan pengalaman kami, dari laporan para murid yang belajar Ilmu Hikmah dengan penuh keseriusan, tingkat keberhasilan Ilmu Hikmah adalah 97%. Ini merupakan angka keberhasilan yang sangat tinggi mengingat Ilmu Hikmah adalah solusi yang praktikal. Bagi Anda yang berfikir positif (berprasangka baik), maka Anda pastinya lebih termotivasi oleh tingkat kesuksesan yang 97% daripada mencemaskan kemungkinan kurang sukses yang hanya 3%.
  16. Setiap pemesanan kursus Ilmu Hikmah Anda akan mendapatkan Panduan Ilmu Hikmah Tertulis dan Garam Berkah yang berfungsi sebagai sarana penurunan ilmu jarak jauh. Selain itu, Anda juga mendapatkan fasiliti percuma konsultasi seumur hidup dengan Guru Ilmu Hikmah, iaitu Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Anda boleh berkonsultasi dengan Dr.Rizal mengenai ilmu hikmah, melalui media email, yahoo messenger, SMS,MMS,Video Call ataupun telefon langsung.
  17. Manfaat Ilmu Hikmah yang kami sebutkan di website ini adalah berdasarkan penuturan para guru ilmu hikmah, berdasarkan keterangan di kitab ilmu hikmah, berdasarkan pengalaman kami, dan berdasarkan pengakuan para pengamal ilmu hikmah yang lain. Pengalaman satu orang dengan orang lain dalam menggunakan Ilmu Hikmah boleh jadi berbeza, meskipun banyak kesamaan. Ertinya, tidak semua orang akan mendapatkan pengalaman yang sama, kerana setiap manusia adalah unik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s